Friday 27 March 2015

Terima kasih Mama, Abah


Alhamdulillah..

Pada 30 tahun yg lepas, bertarikh 26 hari bulan, bulan 3, seorang wanita cantik Pn Bahriah Salim sedang menunggu hari utk bersalin & seorang lelaki hensem En Saini Sarijan, merasai detik cemas utk menerima amanah drpd Allah s.w.t. Mereka ini telah tertekad utk menerima tugas berat ini. Pada saat ini, mereka berdua ini merantau di bumi Seremban utk mencari rezeki yg halal.

Maka dgn perjanjian si anak yg dikandung dgn Allah taala, maka lahirlah seorang bayi lelaki yg comel. Alhamdulillah.. Syukur kehadrat Allah taala atas kurniaan ini. Keluarga besar dikhabarkan dgn berita gembira ini. Si anak kecil yg tidak mengerti apa2, hanya tahu menangis meminta susu kpd mamanya. Allahuakbar.. Nikmat yg tidak boleh diganti.. Si abah dgn penuh kesyukuran mengazankan di telinga kanan & iqamah ditelinga kiri si anak ini.
Setelah berbincang bersama2 keluarga, maka si anak kecil ini diberi nama Mohd Ezani Bin Saini.

Maka bermulalah perjalanan hidup Mohd Ezani Bin Saini. Adakah si anak ini selalu merengek meminta susu semasa dia bayi? Hanya mama & abah sahaja yg merasai pengalaman itu. Terima kasih mama kerana melayani anak kecil ini.

Dari Seremban berpindah ke Merlimau & si anak kecil ini dibesarkan di Merlimau. Si anak kecil ni mempunyai nama gelaran. Ijan namanya. Walaupun agak jauh bunyi drpd nama yg telah didaftarkan di JPN, tp dgn 2 nama inilah si anak membesar.

Terima kasih mama, abah kerana menghantar ijan ke sekolah, sk Merlimau. Walaupun sekolah dpn pintu rumah je. Dgn xnak pergi sekolahnya.. hihi. Menghantar ke Dang Anum, Teknik Ampangan, sekolah memandu, MLVK, matrik, & UM. Alhamdulillah dgn kudrat yg mama, abah berikan xdpt ijan nak balasnya. Bersyukur rasanya mendapat mama, abah yg bertungkuslumus utk anak2nya. Terima kasih juga mama kerana menghantar ijan ke tmpt kerja pertama. Allahurobbi.. bnyknya jasa mama, abah pada ijan..

Terima kasih juga pada mama kerana merealisasikan impian ijan utk berumahtangga. Mama kuat!!! Seorang diri menempuh & melakukan tanpa pengalaman. Insyaallah ijan akan bantu adik2 sedaya mungkin.

Adakah si ijan ni nakal, degil, kurang dgr kata mama & abah? Sudah semestinya ada. Maafkan ijan ye mama atas kenakalan ijan pada mama & abah. Anak kecil ini masih dlm proses pembelajaran.

Adakah ijan pernah melukakan hati mama & abah sepanjang 30 tahun ni? Mesti ada. Tipu jika tiada. Belajar main2, suka melawan & mcm2 lg. Mohon maaf banyak2 drpd mama & abah. Anak muda yg berasa dirinya sahaja yg betul. Maafkan ijan mama, abah.

Terima kasih mama kerana sanggup bersusah payah menjaga ijan yg bnyk karenah ni. Selalu menasihati agar berbuat kebaikkan, menghormati org tua, bercakap ttg perkara yg berfaedah & bnyk lg.

Mama, maafkan ijan kerana terpaksa merantau utk mencari rezeki.

Mama, halalkan susu yg mama berikan semasa ijan bayi, makan minum, pakaian, ilmu, tempat berteduh.

Allahurobbi..

Ijan sentiasa doakan kesejahteraan mama, memohon keampunan drpd Allah utk mama.

Terima kasih mama..

Yg berterima kasih,
Ijan

No comments:

Post a Comment